Homewood Suites by Hilton merupakan antara rangkaian hotel Hilton yang menjadi kegemaran saya dan suami. Kami pernah menginap di Homewood Suites di beberapa bandar di Amerika antaranya ialah di Las Vegas. Oleh kerana kami telah mengetahui standard Homewood Suites, maka kami telah menempah untuk menginap beberapa malam di Homewood Suites San Francisco Airport.
Satu kelebihan Homewood Suites ialah, pihak hotel telah menyediakan hidangan makan malam percuma setiap hari kepada tetamu hotel. Mereka boleh menikmati hidangan di ruang makan bersebelahan dengan lobi di tingkat bawah. Saya tidak merasai duduk makan di situ kerana kedatangan saya ialah pada bulan puasa. Seperkara lagi, suami saya ialah ahli Hilton yang berstatus Diamond telah mendapat satu bag yang mengandungi dua botol air berserta makanan ringan.
Secara kesimpulannya, segala kelengkapan asas di dalam bilik serta kemudahan untuk tetamu di bahagian lobi cukup serba serbin walaupun agak tidak selesa dengan katil yang kecil. Akan tetapi, saya agak hampa kerana keseluruhan hotel ini sebenarnya sudah agak uzur. Permaidani di laluan antara bilik sudah merekah dan tidak sekata, sofa di dalam bilik sudah lama dan begitu juga keadaan sekeliling di dalam bilik air. Saya hanya nyatakan beberapa sahaja.
Sebelum anda menempah hotel, sila pastikan sama ada tetamu dikenakan bayaran untuk meletakkan kenderaan. Hotel ini telah meletakkan harga $15. Melalui kiraan dan perbandingan dengan hotel-hotel lain, kadar bayaran keseluruhan hotel ini lebih berbaloi berbanding hotel-hotel lain yang berdekatan.
Video juga boleh ditonton melalui saluran You Tube Shery On The Move.
https://youtu.be/l4UD0zLlkhU