Kami telah melakukan daftar masuk hotel dan kemudian keluar semula untuk makan malam di restoran Pizza Hut yang berdekatan dengan hotel. Saya menyukai restoran ini kerana bangunan serta hiasan dalamannya yang masih mengekalkan ciri-ciri lama. Ia seolah-olah membawa pelanggan ke zaman 80an atau 90an. Saya dan suami pernah ke sebuah lagi restoran Pizza Hut lama yang mengekalkan ciri-ciri lama pada tujuh tahun lalu di negeri Indiana, USA. Sebenarnya di Amerika ini masih terdapat banyak lagi cawangan restoran makanan segera yang masih mengekalkan struktur luar bangunan serta hiasan dalaman yang lama tambahan pula apabila pergi ke kawasan luar bandar. Anda juga…
Leave a Comment