Saya mengikuti perkembangan mengenai pencerobohan Rusia terhadap Ukrain setiap hari. Tidak ada apa yang tidak menyedihkan termasuklah apabila saya mengetahui tentang kapal terbang terbesar di dunia musnah akibat dari serangan. Saya sebagai seorang yang pernah bekerja di dalam dunia penerbangan (dan mereka yang masih bekerja di dalam dunia penerbangan) amat merasai kesedihan lebih dari orang lain. Apatah lagi saya sendiri pernah melihat dari dekat ‘gergasi udara’ ini. Antonov AN-225 juga dikenali dengan nama Mriya. Di dalam bahasa Ukrain, Mriya bermaksud “dream“. Warna kapal terbang ini ialah putih berserta jalur warna bendera negara Ukrain iaitu kuning dan biru. Mriya bukan sahaja…
Leave a Comment