Jarak hotel penginapan saya di Beaverton dari pusat bandar Portland ialah 11 kilometer sahaja. Sudah lama juga saya tidak menginap di rangkain hotel TownePlace Suites by Marriott. Konsep reka bentuk dan hiasan dalaman hotel masih tidak berubah tetapi yang berbeza ialah rekaan luar bangunan dan logo baharu. Yang menarik perhatian saya sewaktu tiba di sini ialah, pihak hotel telah meletakkan kapsul masa di hadapan perkarangan tempat meletak kenderaan. Kami mendapat bilik yang dikhaskan untuk orang kurang upaya (OKU). Keistimewaan bilik ini ialah dari segi keluasannya kerana bilik air bersaiz besar demi untuk memudahkan OKU sekiranya mereka menggunakan kerusi roda untuk…
Leave a Comment