Skip to content

TownePlace Suites by Marriott Portland Beaverton

Jarak hotel penginapan saya di Beaverton dari pusat bandar Portland ialah 11 kilometer sahaja. Sudah lama juga saya tidak menginap di rangkain hotel TownePlace Suites by Marriott. Konsep reka bentuk dan hiasan dalaman hotel masih tidak berubah tetapi yang berbeza ialah rekaan luar bangunan dan logo baharu. Yang menarik perhatian saya sewaktu tiba di sini ialah, pihak hotel telah meletakkan kapsul masa di hadapan perkarangan tempat meletak kenderaan.

Kami mendapat bilik yang dikhaskan untuk orang kurang upaya (OKU). Keistimewaan bilik ini ialah dari segi keluasannya kerana bilik air bersaiz besar demi untuk memudahkan OKU sekiranya mereka menggunakan kerusi roda untuk mandi. Kekurangannya pula ialah apabila tidak mempunyai tab mandi atau bilik mandi berdinding, maka air mandian kita akan cepat mengalir ke bahagian dalam bilik mandi. Justeru kami perlu mandi dengan lebih berhati-hati agar air ia tidak terlalu mengalir keluar dari bahagian yang dikhaskan.

Ada dua perubahan baharu dengan bilik tidur ini yang pertama ialah almari yang tidak berpintu. Lampu almari akan dinyalakan dengan bantuan sensor. Ia akan bernyala jika ada pergerakan di hadapannya. Perubahan kedua ialah langsir tingkap yang menggunakan alat kawalan jauh. Saya memang tahu akan kewujudannya dan pernah menginap di hotel yang mempunyai alat kawalan jauh untuk membuka dan menutup langsir cuma yang memeranjatkan saya ialah ia adalah pertama kali saya lihat di rangkaian hotel TownePlace by Marriott.

Sarapan pagi disediakan secara percuma setiap hari dan tempat meletak kenderaan juga tidak dikenakan bayaran. Di bahagian luar bersebelahan pintu masuk telah diletakkan tempat duduk untuk para tetamu. Oleh kerana kedatangan saya pada waktu itu ialah musim panas, maka saya melihat ada sahaja tetamu yang duduk berehat di situ.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *