Seperti yang dijanjikan di dalam artikel sebelum ini, kali ini saya siarkan artikel khas hanya mengenai Pusat Pelancong Taman Negara Badlands yang diberi nama Ben Reifel Visitor Center (BRVC). Jarang sekali saya menyiarkan artikel mengenai pusat pelancong yang tidak berkongsi dengan topik lain. Saya tidak dapat menolak untuk menyiarkan artikel khas kerana ianya saya rasa sangat berbaloi untuk dikongsikan dengan para pembaca.
Antara beberapa perkara yang ingin saya berikan pujian mengenai BRVC ialah tempat yang besar yang merangkumi mini muzium, makmal bahan galian (fossil), kaunter pertanyaan, tempat jualan cenderamata dan tandas yang bersih. Apabila saya nyatakan muzium, ia bermakna maklumat dan bahan pameran yang dipamerkan datang dari pelbagai topik.

Sebaik sahaja sampai di BRVC, saya terlebih dahulu pergi ke tempat mengecop pasport Taman Negara. Walaupun saya sudah pergi ke banyak Taman Negara di Amerika Syarikat, tetapi saya baharu membeli pasport ini pada tahun 2022 sewaktu lawatan ke Taman Negara Theodore Roosevelt di North Dakota.
Taman Negara Theodore Roosevelt
https://sheryonthemove.com/?p=2477
Semoga gambar-gambar di bawah ini dapat memberikan maklumat untuk anda.


























Gambar terakhir saya duduk di atas batu ialah bersebelahan dengan BRVC. Nantikan artikel seterusnya yang masih lagi mengenai Taman Negara Badlands.
