Artikel ini bersambung dari bahagian 1 dan artikel Pusat Pelancong Taman Negara Badlands. Sila baca kedua-dua artikel ini sebelum anda meneruskan artikel ke bahagian kedua.
Taman Negara Badlands Bahagian 1
https://sheryonthemove.com/?p=7310
Pusat Pelancong Taman Negara Badlands
https://sheryonthemove.com/?p=7331
Selepas meluangkan masa di Pusat Pelancong, saya dan suami meneruskan pemanduan semula di dalam Taman Negara Badlands. Jujur saya nyatakan di sini bahawa amat sulit untuk saya memilih gambar untuk dikongsikan di dalam artikel kerana jumlah gambar dan video yang dirakamkan pada hari itu telah mencecah satu ribu lebih. Sudah banyak kali juga saya beritahu kepada pembaca yang kalau boleh saya mahu kongsikan kesemuanya di sini.
Keunikan batu-batu ini sangat mengagumkan kerana setiap gambar di bawah ini mempunyai bentuk yang berbeza. Bagaimana batu-batu ini terbentuk? Sekali lagi, sila baca maklumatnya di dalam artikel bahagian 1.


















Di dalam pemanduan yang sangat menarik ini, kami telah ‘lari’ sedikit dari laluan sebenar. Kami mengambil keputusan untuk pergi ke satu kampung kecil di sebelah Taman Negara Badlands iaitu Interior dengan populasi hanya 94 orang. Dari Taman Negara ke Interior, kami memandu di jalan yang berpasir selama lebih kurang 10 minit. Di dalam waktu yang sama, kami berhenti sebentar untuk mengambil gambar papan tanda selamat datang dari arah Interior (bukan dari jalan utama yang kami masuk pada sebelah pagi).






Semasa pemanduan dari Taman Negara ke Interior, kami datang melihat rusa liar yang lalu di tepi kereta kami. Anda boleh tonton video pemanduan ini termasuk pemandangan ladang dengan lembu dan rusa liar di dalam saluran YouTube Shery On The Move yang disiarkan beberapa minggu lalu.
https://youtu.be/VW6irNX5_o0?si=TbLLlJOyb4dNk0gP
