Ini ialah artikel terakhir mengenai lawatan ke Taman Negara Badlands di South Dakota, Amerika Syarikat.
Anda perlu baca semua artikel terdahulu bagi mendapatkan maklumat dan cerita yang lengkap.
Di bawah ini saya senaraikan kesemua artikel yang terdahulu.
Taman Negara Badlands Bahagian 1
https://sheryonthemove.com/?p=7310
Pusat Pelancong Taman Negara Badlands
https://sheryonthemove.com/?p=7331
Taman Negara Badlands Bahagian 2
https://sheryonthemove.com/?p=7364
Dari Interior, kami masuk semula ke Taman Negara Badlands mengikut laluan yang lain iaitu bukan dari jalan yang berpasir dan bukan dari laluan pintu masuk pada sebelah pagi. Pintu masuk ini ialah dari Interior Entrance Station. Papan tanda amaran memberitahu bahawa kenderaan komersil tidak dibenarkan masuk ke dalam Taman Negara.



Di dalam pemanduan, saya dapat lihat Cedar Pass Lodge. Ia adalah sebuah tempat penginapan dan perkhemahan di dalam Taman Negara Badlands. Kelihatan di dalam gambar di bawah, banyak kenderaan telah membuat perhentian untuk bermalam di sini.









Sebelum pemanduan kami berakhir di Rapid City, iaitu terletaknya hotel kami menginap lebih dari satu minggu, kami singgah semula untuk mengambil gambar dari jauh Minuteman Missile National Historic Site. Kami tidak dapat membuat lawatan pada awal pagi kerana ia ditutup pada hari itu. Ia telah saya ceritakan di dalam artikel bahagian 1.


Pemandangan di kiri dan kanan semasa pemanduan tidak pernah menjemukan. Saya pasti mengambil gambar setiap papan tanda yang menarik hasil dari kreativiti penduduk tempatan.

Ramai pelancong yang membuat lawatan ke Taman Negara Badlands akan singgahan di Wall, South Dakota. Wall dengan jumlah populasi penduduk seramai 699 orang mempunyai banyak tarikan antaranya ialah replika dinosaur gergasi yang diletakkan di tepi lebuh raya. Saya telah siarkan artikel mengenai Wall dan anda boleh baca melalui link di bawah ini;
Wall, South Dakota
https://sheryonthemove.com/?p=7287


Gambar terakhir di bawah ini merupakan bonus bagi saya kerana dapat melihat dari dekat jet pengebom B1 Lancer milik Tentera Udara Amerika Syarikat. Video juga sempat saya rakamkan dan anda boleh tonton di saluran YouTube Shery On The Move;
https://youtu.be/VW6irNX5_o0?si=ZrO9qnQKBTRF2US9

