Artikel mengenai lawatan saya ke Taman Negara Badlands akan dibahagikan ke beberapa bahagian. Di dalam bahagian satu ini, gambar pertama dan kedua dirakamkan semasa pemanduan menuju ke Taman Negara. Kami mempunyai perancangan untuk singgah di Minuteman Missile National Historic Site tetapi adalah memeranjatkan kerana ia tutup pada hari itu. Tapak bersejarah ini menggambarkan sejarah perang dingin, perlumbaan senjata nuklear dan pembangunan peluru berpandu balistik antara benua (ICBM).
Tapak ini mengekalkan sistem ICBM Minuteman II yang terakhir di Amerika Syarikat, dalam status yang dilucutkan senjata dan demilitarisasi


Batu penanda selamat datang pastinya tidak akan kami lepaskan peluang untuk bergambar. Selepas dari itu, baharu kami memandu ke pondok pembayaran. Oleh kerana kami telah membeli pas tahunan di Taman Negara Glacier, maka di pondok pembayaran ini, kami hanya mengambil peta dan panduan sahaja. Anda boleh baca artikel mengenai lawatan ke Taman Negara Glacier di sini;
Bahagian 1 https://sheryonthemove.com/?p=6862
Bahagian 2 https://sheryonthemove.com/?p=6916
Bahagian 3 https://sheryonthemove.com/?p=6955



Dari pondok pembayaran, kami memandu dan singgah di perhentian pertama untuk mengambil gambar.
Taman Negara Badlands terkenal kerana pembentukan batu yang berlapis-lapis. Proses pemendapan bermula puluhan juta tahun yang lalu dan proses hakisan bermula 500,000 tahun yang lalu.











Sebelum memandu dengan lebih jauh, kami singgah di Ben Reifel Visitor Center. Pusat pelawat ini bukan sahaja tempat untuk memberi perkhidmatan pelancongan dan menjual cenderamata, tetapi juga menempatkan mini muzium. Saya akan ceritakan dengan lebih lanjut dan berkongsi gambar-gambar lain di dalam artikel yang akan datang.


