Skip to content

Pemanduan Di Perairan Pantai Negeri Oregon (Bahagian 1)

12 Julai 2022
Tujuan asal pemanduan hari kedua ialah ingin memandu di perairan pantai Lautan Pasifik di negeri Oregon yang merupakan salah satu jalan raya di bahagian pantai barat yang popular dan tercantik di Amerika Syarikat. Pada sebelah pagi saya dan suami memulakan pemanduan dari hotel kami menginap di Beaverton. Kami tidak membuat perancangan khusus di mana tempat-tempat menarik yang ingin dilawati di sepanjang pemanduan kecuali Tillamook. Hanya Tillamook yang diletakkan di dalam senarai kerana kami ingin melawat ke kilang keju di sana.

Jarak dari hotel TownePlace Suites by Marriott Portland Oregon menuju ke Tillamook ialah 111 kilometer. Di sepanjang pemanduan itu kami hanya menempuh beberapa perkampungan dan pemandangan kiri kanan hanya hutan sahaja. Pemanduan kami juga seiring dengan sepasukan polis yang menunggang motosikal yang juga turut menuju ke Tillamook. Selepas menghabiskan masa lebih kurang dua jam di Tillamook, kami menyambung pemanduan dan baharu dapat melihat perairan pantai Lautan Pasifik.

Gambar terakhir yang saya kongsikan di bawah ini dirakamkan di Cloverdale iaitu 35 kilometer dari Tillamook.|Artikel mengenai lawatan ke kilang keju akan saya siarkan selepas artikel bahagian kedua pemanduan ini. Anda juga boleh baca artikel berserta rumusan mengenai hotel TownePlace Suites by Marriott Portland Beaverton melalui link yang saya letakkan di sini. https://sheryonthemove.com/?p=4247

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *