Skip to content

Tag: downtown detroit

Mom’s Spaghetti-Restoran Penyanyi Eminem

Gambar penyanyi Eminem yang anda lihat di bawah ini merupakan gambar pertama yang saya nampak di Instagram yang menceritakan beliau datang membuat kejutan pada hari pertama perasmian Mom’s Spaghetti. Pada hari perasmian itu juga bergegas saya nyatakan hasrat kepada suami untuk datang ke Detroit untuk melawat ke restoran beliau. Sewaktu saya beritahu kepada suami, saya belum lagi melihat menu Mom’s Spaghetti. Saya membayangkan satu hari nanti kami datang hanya untuk bergambar di luar kedai sahaja. Tanpa disangka rupanya ada spaghetti yang boleh dimakan. Maka, keinginan untuk ke Mom’s Spaghetti makin meninggi tambahan pula saya belum pernah datang ke Detroit. Kami…

Leave a Comment

Detroit, Michigan

10 Jun 2022Saya pasti ramai yang pernah mendengar nama bandar Detroit dan bandar ini sering dikaitkan dengan pelbagai jenayah. Pendek kata ramai yang mengatakan bandar ini tidak selamat. Saya juga sebelum ini pernah mendengar bermacam-macam perkara mengenai Detroit namun semua itu tidak mematahkan harapan atau perancangan sejak bertahun-tahun dahulu untuk melawat Detroit dan negeri Michigan secara keseluruhannya kerana saya tahu ada banyak tempat menarik dan bersejarah yang perlu dilawati. Satu hari sebelum ke Detroit baharu saya menggunakan Google Maps untuk melihat gambar pusat bandar Detroit yang terkini. Saya sangat terperanjat kerana apa yang saya bayangkan sebelum ini tidak sama langsung…

Leave a Comment