Hari pertama musim luruh tahun 2022 jatuh pada 22 September. Berbeza dari tahun-tahun sebelumnya, hari pertama musim luruh tahun ini di Vancouver masih lagi panas. Suhu pada awal pagi ialah belasan darjah Celsius dan pada sebelah tengah hari hingga ke petang suhu naik sehingga melebihi 20 darjah Celsius. Lokasi pertama yang saya dan suami bawa pergi dengan membawa sahabat kami dari Singapura ialah Stanley Park di Vancouver. Kemudian kami pergi Capilano Suspension Bridge Park yang terletak di North Vancouver. Setiap tahun saya dan suami membeli pas tahunan untuk ke Capilano Suspension Bridge Park. Ia hanya ditawarkan untuk penduduk British Columbia…
Leave a Comment