Buffalo, Wyoming ialah sebuah bandar yang kecil. Hotel-hotel di sini agak terhad berbanding bandar yang berdekatan dengannya. Sekiranya anda memandu dari arah Denver atau Cheyenne, saya sarankan anda mencari hotel di sekitar Casper. Suami memilih untuk bermalam di Buffalo kerana jarak pemanduan yang masih tidak terlalu jauh dari Denver iaitu bandar yang kami bermalam satu hari sebelumnya. Kebetulan juga cawangan Hampton Inn & Suites memang hotel yang selalu kami menginap sewaktu melakukan kembara berkereta. Kami tidak mempunyai sebarang masalah apabila bermalam di hotel ini. Tempat meletak kenderaan tidak dikenakan bayaran dan sarapan pagi percuma dihidangkan setiap hari. Setiap hotel meletakkan…
Leave a CommentTag: hampton inn & suites
Kami tiba di Lincoln, Nebraska pada sebelah malam setelah selesai pemanduan hari ke-10 kembara yang bermula dari Peoria, Illinois. Di sini saya letakkan artikel mengenainya; https://sheryonthemove.com/?p=3681 Hotel yang kami menginap ialah Hampton Inn & Suites Lincoln-Northeast-I80. Hotel ini menjadi pilihan kerana lokasinya yang strategik kerana bersebelahan dengan lebuh raya yang kami guna iaitu I-80. Ia juga terletak tidak jauh dari Lapangan Terbang Lincoln. Kami tidak mengalami sebarang masalah bermalam di hotel ini. Tempat meletak kereta tidak dikenakan bayaran dan sarapan pagi percuma dihidangkan setiap hari.
Leave a Comment