Skip to content

Tag: hotel canada

Best Western Plus Estevan Inn, Saskatchewan

Saya dan suami menginap satu malam di Best Western Plus Estevan Inn, Saskatchewan kerana keesokkan harinya kami akan meneruskan pemanduan ke Amerika Syarikat. Walaupun Esteven ini bandar kecil yang paling hujung dengan sempadan antarabangsa, tetapi ia (bandar dan hotel saya menginap) sebenarnya sibuk dengan pengunjung luar yang datang untuk bekerja atau bersukan. Tidak ada rungutan yang ingin saya katakan mengenai hotel Best Western Plus Estevan Inn, Saskatchewan. Kemudahan asas untuk tetamu baik di lobi atau di dalam bilik semuanya cukup lengkap. Kami juga bermalam pada hari yang sama dengan beberapa pasukan hoki remaja yang datang dari luar sempena satu kejohonan…

Leave a Comment

Home2 Suites by Hilton West Edmonton

Oleh kerana sudah jatuh hati dengan Home2 Suites di Helena, Montana, https://sheryonthemove.com/?p=1896 maka sekali lagi saya dan suami memilih rangkaian hotel ini sewaktu kami berada beberapa hari di Edmonton. Bilik di sini sedikit kecil berbanding di Helena. Hotel ini juga telah lama beroperasi tidak seperti di Helena yang masih baharu lagi memulakan perniagaan. Dua botol air yang diletakkan di dalam bilik yang diberikan percuma hanya untuk tetamu yang berstatus Diamond, Gold dan Silver sahaja. Sarapan pagi disediakan setiap hari secara percuma. Video yang dirakamkan di hotel ini boleh ditonton melalui saluran You Tube Shery NN. https://youtu.be/gwhPd_RSA_g

Leave a Comment

Courtyard by Marriott Calgary Airport

Courtyard by Marriott Calgary Airport terletak lebih kurang 10 kilometer dari Lapangan Terbang Calgary. Jika dilihat di dalam peta, hotel ini memang bersebelahan dengan lapangan terbang. Yang membuatkan terasa jauh dengan jarak 10 kilometer itu ialah kerana perlu memandu seiring dengan keseluruhan panjang landasan. Saya sangat berpuas hati menginap di hotel ini. Keperluan asas di dalam bilik serba serbi mencukupi kecuali ada satu barang yang tidak disediakan iaitu plastik untuk mencuci pakaian (laundy bag). Katilnya juga besar dan tinggi. Saya tidak mengambil gambar kolam renang. Walau bagaimanapun, anda boleh rujuk artikel mengenai hotel Residence Inn by Marriott Calgary Airport kerana…

Leave a Comment