Pemanduan satu hari yang bermula dari Esteven, Saskatchewan, Kanada menuju ke Fargo, North Dakota, Amerika Syarikat membawa saya dan suami ke beberapa tempat dan bandar baharu yang belum pernah kami lawati sebelum ini dan salah satunya ialah Grand Forks, North Dakota. Ada bonus lain mengapa kami membuat persinggahan di sini, iaitu ingin melawat sahabat baru yang saya kenali di Instagram. Fifi berasal dari Malaysia tetapi sudah lama menetap di Grand Forks. Kami datang ke kediaman beliau pada sebelah petang dan terus di jamu dengan makan malam. Oleh kerana masih lagi pada bulan Syawal maka saya anggap kedatangan ini sebagai datang…
Leave a Comment