Skip to content

Tag: jamestown

Hampton Inn & Suites Jamestown, North Dakota

Saya menyukai hotel ini kerana banyak perkara. Antara yang ingin saya senaraikan ialah, keperluan asas di bilik mencukupi, bilik dan katil yang besar, sarapan pagi percuma serta pelbagai pilihan minuman dan makanan, ruang makan yang besar, tempat meletak kenderaan tidak dikenakan bayaran, dan lokasi hotel yang sangat strategik. Hotel ini dikelilingi dengan macam-macam tempat menarik contohnya pasaraya Walmart, restoran, kedai menjual pakaian serta keperluan asas yang lain. Semuanya dengan jarak berjalan kaki sahaja dari hotel. Saya dan suami berpeluang makan malam di restoran Jepun yang berhadapan dengan hotel ini. Anda boleh tonton video hari kelima pertama kembara kerana saya ada…

Leave a Comment

Pemanduan Dari Minneapolis Ke Dickinson

Jarak pemanduan dari hotel Hilton Garden Inn menuju ke Dickinson, North Dakota ialah 861 kilometer. Ada dua tempat yang kami singgah iaitu di Jamestown di mana di situ terletaknya replika kerbau terbesar dunia. Ia terletak tidak jauh dari susur keluar lebuh raya. Kemudian kami singgah di ibu negeri North Dakota iaitu Bismarck. Walaupun sebelum ini kami sudah melawat ke bangunan pentadbiran dan perundangan negeri (State Capitol), tetapi kali ini tetap mahu singgah dan mengambil gambar. Nampaknya ada sedikit perubahan yang terdapat di sini di mana batu yang ditulis North Dakota State Capitol telah ditukar kepada lebih besar. Anda boleh gambar…

Leave a Comment