15 Julai 2022Redmond, Washington menempatkan ibu pejabat dunia bagi syarikat perisian komputer iaitu Microsoft. Pada hari kelima kembara, saya dan suami telah meninjau apakah yang menarik yang terdapat di Redmond sementelah kami menginap di hotel di bandar ini. Di dalam gambar pertama yang saya kongsikan di bawah ini, anda dapat lihat kami memandu di hadapan ibu pejabat dunia Microsoft. Banyak bangunan Microsoft di sini dan kami hanya pandu lalu di hadapan salah satu bangunan sahaja. Di Redmond, kami telah melawat ke Redmond Town Center (RTC). RTC ialah kawasan membeli belah yang terletak di pusat bandar Redmond. Di sini juga ditempatkan…
Leave a Comment