10 Jun 2022Hari ke-5 kembara berkereta USA bulan Jun 2022 masih lagi di negeri Michigan. Saya dan suami bermalam di Tru by Hilton Sterling Heights Detroithttps://sheryonthemove.com/?p=2906 dan pada hari ini kami akan mengadakan day trip sahaja kerana kami akan pulang bermalam di hotel yang sama. Pemanduan pada pagi itu ialah menuju ke ibu negeri Michigan iaitu Lansing. Ia terletak 147 km dari hotel penginapan kami. Jarak dari pusat bandar Detroit pula ialah 164 km. Cuaca di sepanjang pemanduan juga agak baik, panas tetapi berangin. Sudah menjadi kewajipan saya dan suami untuk melawat di setiap ibu negeri dan bergambar di hadapan…
Leave a Comment