Skip to content

Tag: lifetsyle

22.2.22 – Selamat Tinggal Ubatku

Apa istimewanya nombor 22.2.22? Saya bukanlah orang yang begitu taksub dengan nombor-nombor cantik di dalam kalendar. Akan tetapi ada kisah yang terjadi di sebalik tarikh 22 Februari 2022. Pada sebelah malam hari Selasa yang lalu, saya melihat kalendar untuk rujukan saya makan ubat. Apabila melihat sahaja tarikh itu, baharu saya mengetahui ia adalah hari terakhir saya perlu makan ubat. Apa pula yang istimewanya antara tarikh itu dan ubat? Saya belum pernah cerita di laman blog bagaimana kesihatan mental saya mula terjejas. Saya juga tidak ceritakan secara menyeluruh bagaimana saya mengharungi dan menjalani proses pemulihan yang memakan masa bertahun-tahun lamanya. Tetapi…

Leave a Comment