Impian saya dan suami untuk melawat ke masjid pertama dan tertua di Amerika Syarikat (AS) telah bertahun-tahun dipendamkan. iaitu setelah kami melawat ke gereja pertama di (tanah besar) AS pada 10 tahun lalu. Artikel mengenai lawatan ke gereja telah disiarkan di dalam blog lama saya. https://sharery.blogspot.com/search?q=santa+fe Walaupun kami kerap ke AS tetapi rezeki tidak menyebelahi kami untuk datang melawat ke masjid ini. Faktor utamanya ialah lokasi masjid itu sendiri. Ia terletak di tengah ladang-ladang di kawasan pedalaman di Ross, North Dakota. Tidak ada sesiapa yang akan datang ke Ross jika tidak bersebab termasuk kami juga. Ross ibarat seperti gurauan bahasa…
Leave a Comment