Peoria, Illinois terkenal kerana bandar ini pernah menempatkan ibu pejabat dunia (World HQ) bagi syarikat jentera terkenal Caterpillar atau nama singkatannya ialah CAT. Setelah berpuluh-puluh tahun di Peoria, ibu pejabat dunia Caterpillar akhirnya berpindah ke negeri Texas. Saya pernah beberapa kali datang ke Peoria sewaktu ibu pejabat dunia masih lagi di sini. Bandarnya begitu sibuk dengan banyak kenderaan dan dipenuhi dengan majoriti pekerja Caterpillar tempatan dan antarabangsa yang datang dari serata dunia. Kini, Peoria seperti sudah ‘mati’. Agak menyedihkan apabila melihat bandar ini sudah sunyi sepi. Gambar-gambar di bawah dirakamkan sepanjang dua hari saya berada di Peoria. Anda juga boleh…
Leave a CommentTag: peoria
Sewaktu berada di Peoria, Illinois, saya menginap di Hampton Inn & Suites by Hilton Peoria East At The River Boat Crossing. Kali ini memang tidak banyak gambar yang dikongsikan kerana cuaca yang terlalu panas sehingga menyebabkan saya hilang mood untuk rakam gambar. Walau bagaimanapun saya ada sedikit ulasan yang ingin dikongsikan mengenai hotel ini. Dari segi lokasi, ia terletak 6 kilometer dari pusat bandar Peoria dan bersebelahan dengan Tasik Peoria. Sarapan pagi dan tempat meletak kenderaan adalah percuma. Mesin minum segera layan diri berbayar ditempatkan di tingkat bawah bawah sebaris dengan lobi. Banyak hotel-hotel dari rangkaian Hampton Inn yang saya…
Leave a Comment