Skip to content

Tag: pizza

Restoran Pizza Hut Klasik Di Buffalo, Wyoming

Kami telah melakukan daftar masuk hotel dan kemudian keluar semula untuk makan malam di restoran Pizza Hut yang berdekatan dengan hotel. Saya menyukai restoran ini kerana bangunan serta hiasan dalamannya yang masih mengekalkan ciri-ciri lama. Ia seolah-olah membawa pelanggan ke zaman 80an atau 90an. Saya dan suami pernah ke sebuah lagi restoran Pizza Hut lama yang mengekalkan ciri-ciri lama pada tujuh tahun lalu di negeri Indiana, USA. Sebenarnya di Amerika ini masih terdapat banyak lagi cawangan restoran makanan segera yang masih mengekalkan struktur luar bangunan serta hiasan dalaman yang lama tambahan pula apabila pergi ke kawasan luar bandar. Anda juga…

Leave a Comment

Kedai Domino’s Pizza Pertama Di Dunia

10 Jun 2022Kembara hari kelima masih lagi di negeri Michigan. Pada sebelah pagi saya dan suami memandu dari Detroit ke Lansing. Lansing merupakan ibu negeri bagi negeri Michigan. Artikel mengenai lawatan saya ke Lansing boleh anda baca melalui link ini. https://sheryonthemove.com/?p=2930 Dari Lansing, kami memandu pula ke Ypsilanti yang jarak antara kedua bandar ini ialah 122 km. Tujuan kami ke Ypsilanti hanyalah satu sebab sahaja iaitu ingin melawat ke kedai Domino’s Pizza pertama di dunia. Pada tahun 1960, Tom Monaghan dan abangnya James telah mengambil alih perniagaan kedai pizza DomiNick’s yang dimiliki oleh Dominick DeVarti di 507 West Cross St,…

Leave a Comment