19 Jun 2022Pemanduan hari ke-14 ialah hari terakhir kembara USA bulan Jun 2022. Ia bermula dari Great Falls, Montana dan berakhir di Edmonton, Alberta, Kanada. Pada awal pagi di Great Falls, saya terasa begitu nyaman dan cuaca juga dingin. Suhu pada waktu itu paling rendah jika hendak dibandingkan dengan suhu pada hari-hari lain sewaktu kembara sepanjang 14 hari pada bulan itu. Ia seolah-olah memanggil saya pulang ke rumah kerana suhu sebegitu selalu dialami di Vancouver pada awal pagi Jika pemanduan dilakukan tanpa henti, masa pemanduan ialah 7 jam 35 minit dengan jarak 798 kilometer. Tetapi pemanduan kami lebih lama sedikit…
Leave a Comment