Skip to content

Tag: tru by hilton

Tru by Hilton – Louisville, Kentucky

Tru by Hilton ialah hotel penginapan saya sewaktu berada di Louisville, Kentucky. Saya dan suami melakukan daftar masuk hotel sebaik sahaja tiba dari Indianapolis, Indiana. Anda boleh baca artikel saya mengenai Indianapolis melalui link di sebelah ini. https://sheryonthemove.com/?p=3169 Keunikan hotel Tru by Hilton tidak kira di mana-mana cawangan sekalipun ialah, ia mempunyai lobi yang luas dan mesra tetamu. Setiap meja terdapat plug yang sesuai digunakan sekiranya tetamu ingin menggunakan komputer atau telefon tangan. Selain dari meja dan kerusi yang berwarna-warni, dinding juga dilukiskan dengan gambar bandar cawangan itu. Contohnya seperti gambar di bawah, saya bergambar dengan berlatar belakangkan lukisan bandar…

Leave a Comment

Tru By Hilton Sterling Heights Detroit

Rangkaian hotel Tru by Hilton tidak asing bagi saya dan suami. Pertama kali kami menginap di Tru by Hilton ialah di Las Vegas pada tahun 2018. Kemudian kami ada menginap lagi di beberapa hotel yang sama tetapi di bandar-bandar berbeza di Amerika Syarikat. Di Detroit, kami menginap di Tru by Hilton Sterling Heights yang terletak 37 kilometer dari pusat bandar Detroit. Tru by Hilton ialah berkonsepkan minimalis dan yang jelas dapat dilihat ialah bilik tidurnya. Setiap hotel Tru by Hilton mempunyai pusat kecergasan (gimnasium), sarapan pagi dan tempat meletak kenderaan percuma. Akan tetapi, kolam renang pula tidak terdapat di kesemua…

Leave a Comment