Skip to content

Tru By Hilton Sterling Heights Detroit

Rangkaian hotel Tru by Hilton tidak asing bagi saya dan suami. Pertama kali kami menginap di Tru by Hilton ialah di Las Vegas pada tahun 2018. Kemudian kami ada menginap lagi di beberapa hotel yang sama tetapi di bandar-bandar berbeza di Amerika Syarikat. Di Detroit, kami menginap di Tru by Hilton Sterling Heights yang terletak 37 kilometer dari pusat bandar Detroit.

Tru by Hilton ialah berkonsepkan minimalis dan yang jelas dapat dilihat ialah bilik tidurnya. Setiap hotel Tru by Hilton mempunyai pusat kecergasan (gimnasium), sarapan pagi dan tempat meletak kenderaan percuma. Akan tetapi, kolam renang pula tidak terdapat di kesemua cawangan Tru. Selain itu, perkhidmatan layan diri untuk membasuh baju (laundry) juga tidak terdapat di semua cawangan Tru..

Sila subscribe saluran You Tube saya kerana tidak lama lagi saya akan muat naik video yang dirakamkan di hotel ini serta saya akan tunjukkan bagaimana saya menyediakan sarapan pagi dan menggunakan mesin pancake layan diri. Link You Tube diletakkan di bawah ini.
https://www.youtube.com/c/SheryNN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *