Semasa pemanduan kembara pada hari ke-10 dari Peoria, Illinois menuju ke Lincoln, Nebraska, saya dan suami singgah sebentar di hentian trak terbesar di dunia yang terletak di Walcott, Iowa. Kami tidak membuat sebarang lencongan yang jauh kerana hentian ini memang terletak di tepi lebuh raya yang kami lalui sahaja. Walaupun dinamakan hentian trak terbesar di dunia, tetapi ia bukan dikhaskan untuk pemanduan trak sahaja, sebaliknya keseluruhan tempat ini dikhaskan untuk semua pengguna lebuh raya. Hentian rehat ini mempunyai bangunan yang besar yang di dalamnya terdapat kedai-kedai makan seperti food court, kafe, restoran, pasar raya, tempat menjual cenderahati, pakaian, kasut, aksesori,…
Leave a Comment