Skip to content

Hentian Trak Terbesar Di Dunia Di Iowa

Semasa pemanduan kembara pada hari ke-10 dari Peoria, Illinois menuju ke Lincoln, Nebraska, saya dan suami singgah sebentar di hentian trak terbesar di dunia yang terletak di Walcott, Iowa. Kami tidak membuat sebarang lencongan yang jauh kerana hentian ini memang terletak di tepi lebuh raya yang kami lalui sahaja.

Walaupun dinamakan hentian trak terbesar di dunia, tetapi ia bukan dikhaskan untuk pemanduan trak sahaja, sebaliknya keseluruhan tempat ini dikhaskan untuk semua pengguna lebuh raya. Hentian rehat ini mempunyai bangunan yang besar yang di dalamnya terdapat kedai-kedai makan seperti food court, kafe, restoran, pasar raya, tempat menjual cenderahati, pakaian, kasut, aksesori, keperluan dan kelengkapan kereta serta kenderaan berat, muzium, panggung wayang, bilik untuk menonton televisyen, perpustakaan, klinik gigi, mesin mencuci pakaian (laundry facility), pusat kecergasan (gimnasium), bilik mandi persendirian, kedai gunting rambut dan di luar bangunan pula terdapat stesen minyak, tempat mengecas dan mencuci kereta serta banyak lagi.

Jika ingin luangkan masa di dalam bangunan ini tanpa tergesa-gesa, nampaknya satu jam pun tidak cukup. Oleh kerana pemanduan saya pada hari itu masih jauh lagi, maka di sini saya cuma luangkan masa lebih kurang 30 minti sahaja. Selain video, saya dapat rakamkan banyak juga video. Ia akan saya siarkan di saluran You Tube tidak lama lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *