Taman Negeri Great Salt Lake terletak 30 minit dari ibu negeri Utah, iaitu Salt Lake City. Saya dan suami singgah di sini sewaktu di dalam pemanduan dari Las Vegas ke Salt Lake City. https://sheryonthemove.com/?p=1252 Setiap satu kereta pelawat dikenakan bayaran sebanyak $5. Walau bagaimanapun bayaran ini telah mengikut kategori yang ditetapkan. Senarai harga diletakkan di tepi kaunter pembayaran. Inilah keuntungannya apabila mengembara dan melawat ke tempat tarikan pelancong pada bukan musim cuti kerana tidak ramai orang Sebaik sahaja keluar dari kereta dan menghidu udara di sekeliling, terus saya dapat bayangkan seperti berada di tepi laut kerana air tasik di sini…
Leave a CommentTag: road trip usa
Pada hari Sabtu bersamaan 26 Mac 2022, saya dan suami meneruskan pemanduan ke negeri seterusnya iaitu Utah. Mengikut perancangan malam sebelumnya, kami ingin bertolak dari hotel di Las Vegas sebelum jam 5:00 pagi. Tetapi akibat terlalu letih, kami terlupa mengunci jam. Selepas bangun tidur, kami tidak kelam kabut kerana pemanduan pada hari Sabtu itu sangat flexible. Kami tidak mengejar masa atau mempunyai temu janji lain. Setelah bersiap, kami bertolak lebih kurang jam 5:45 pagi. Pemanduan berjalan tanpa sebarang masalah. Cuaca pada hari itu berawan, sejuk di sebelah pagi dan panas pada tengah hari. Lebuh raya ini merupakan yang biasa kami…
Leave a Comment