Selepas daftar masuk di hotel Hampton Inn by Hilton Albuquerque University/Midtown, https://sheryonthemove.com/?p=6173saya dan suami telah keluar semula untuk makan malam. Tetapi, sebelum itu kami singgah sebentar di gedung beli belah Target kerana suami ingin membeli cenderamata di Starbucks. Sudah banyak cawangan Target di serata Amerika yang pernah kami pergi, tetapi ini pertama kali kami melihat Target yang mempunyai tempat letak kereta berbumbung. Bukan itu sahaja, malah ini pertama kali kami perlu menggunakan tangga bergerak untuk naik ke pintu masuk. Selalunya Target hanya terletak di paras jalan raya sahaja. Target ini mengingatkan saya seperti IKEA. Selepas Target, kami singgah pula ke…
Leave a CommentTag: albuquerque
Lokasi hotel yang saya dan suami menginap di Albuquerque sangat strategik kerana ia terletak bersebelahan denga lebuh raya yang kami lalui. Oleh kerana Albuquerque ini sebuah bandar yang besar, maka tidak susah untuk mencari apa sahaja keperluan asas yang penting. Separuh gambar hotel saya rakamkan pada hari daftar masuk dan separuh lagi dirakamkan pada waktu pagi hari seterusnya sebelum daftar keluar. Hanya kolam renang sahaja tidak dapat digunakan. Mungkin juga ia telah ditutup kerana suhu pada musim luruh sudah mula turun. Sarapan pagi disediakan percuma setiap hari dan tempat letak kereta juga tidak dikenakan bayaran. Hidangan kegemaran saya setiap kali…
Leave a Comment