Skip to content

Tag: fargo

Pemanduan Dari Jamestown Ke Bloomington

8 Jun 2022Pemanduan hari ini juga boleh dikatakan agak singkat dan normal bagi saya dan suami. Jarak dari hotel di Jamestown, North Dakota menuju ke hotel penginapan di Bloomington, Minnesota ialah 642 kilometer. Tidak sampai sebulan kami melalui laluan dan lebuh raya yang sama tetapi dari arah bertentangan. Anda boleh rujuk dan lihat banyak gambar lain di dalam artikel di bawah ini. Pemanduan Dari Minneapolis Ke Dickinsonhttps://sheryonthemove.com/?p=2455 Di sepanjang pemanduan ini kami hanya berhenti dua kali sahaja iaitu di Fargo untuk minum pagi di kafe kegemaran, dan di satu rest area untuk ke tandas. Saya kurang mengambil gambar pada pemanduan…

Leave a Comment

Dari Fargo ke Minneapolis

Pemanduan hari seterusnya ialah dari Fargo, North Dakota ke Minneapolis, Minnesota. Oleh kerana pemanduan hari ini sangat singkat, maka kami bertolak agak lewat iaitu lebih kurang 9:30 pagi. Jarak antara kedua buah bandar ini ialah 380 kilometer. Cuaca di sepanjang pemanduan adalah mendung sahaja. Kami singgah dua kali di hentian rehat di lebuh raya di negeri Minnesota. Yang pertama ialah sebaik sahaja melepasi sempadan negeri. Yang menariknya kedua hentian rehat ini mempunyai papan tanda maklumat sejarah untuk pelancong. Sepanjang petang dan malam, kami telah melawat ke Minnesota State Capitol, makan lewat petang di restoran halal Holy Land, berjalan-jalan di pusat…

Leave a Comment

Hilton Garden Inn Fargo, North Dakota

Hilton Garden Inn by Hilton Fargo terletak 8 kilometer dari pusat bandar Fargo https://sheryonthemove.com/?p=2290. Tempat meletak kenderaan tidak dikenakan bayaran tetapi sarapan pagi perlu dibayar. Inilah pertama kali saya melihat hotel yang meletakkan alat permainan Wii di bahagian lobi. Saya suka dengan bahagian lobi kerana susun atur perabot yang nampak selesa dan sesuai sekiranya tetamu ingin membuat kerja.

Leave a Comment

Fargo, North Dakota, USA

Selepas melawat sahabat saya di Grand Forks https://sheryonthemove.com/?p=2278, pemanduan diteruskan ke Fargo yang mengambil masa lebih kurang 1 jam 15 minit sahaja. Sebelum daftar masuk ke hotel, saya dan suami singgah ke pusat bandar untuk bergambar di tempat wajib yang perlu dilawati iaitu Fargo Theatre. Saya pernah bergambar di hadapan bangunan Fargo Theatre pada tujuh tahun yang lalu.

Leave a Comment