Pemanduan hari seterusnya ialah dari Fargo, North Dakota ke Minneapolis, Minnesota. Oleh kerana pemanduan hari ini sangat singkat, maka kami bertolak agak lewat iaitu lebih kurang 9:30 pagi. Jarak antara kedua buah bandar ini ialah 380 kilometer.
Cuaca di sepanjang pemanduan adalah mendung sahaja. Kami singgah dua kali di hentian rehat di lebuh raya di negeri Minnesota. Yang pertama ialah sebaik sahaja melepasi sempadan negeri. Yang menariknya kedua hentian rehat ini mempunyai papan tanda maklumat sejarah untuk pelancong.
Sepanjang petang dan malam, kami telah melawat ke Minnesota State Capitol,
makan lewat petang di restoran halal Holy Land, berjalan-jalan di pusat membeli belah terbesar Amerika Syarikat dan makan ais krim di sebuah kedai di kawasan perumahan.