12 Jun 2022 Pemanduan ke Frankfort bermula dari Louisville dengan arak antara kedua buah bandar ialah 88 km. Gambar-gambar pemandangan menarik yang dirakamkan dari Louisville menuju ke Frankfort dan kemudian pulang semula ke Frankfort telah dikongsikan di dalam artikel terdahulu. Anda boleh klik artikel di bawah ini.https://sheryonthemove.com/?p=3535 Tujuan utama saya dan suami datang ke Frankfort ialah untuk bergambar di hadapan bangunan perundangan negeri. Setelah berpuluh bangunan perundangan negeri di Amerika yang pernah dilawati, inilah pertama kali kami perlu memandu menaiki bukit sebelum sampai ke kawasan bangunan. Persekitaran pada waktu itu agak sunyi kerana tidak ada orang bekerja pada hari Ahad.…
Leave a CommentTag: frankfort
12 Jun 2022Pemanduan pada sebelah tengah hari bermula dari Indianapolis, Indiana menuju ke Louisville, Kentucky. Jarak antara kedua buah bandar ialah 185 kilometer. Apabila tiba di Louisville, saya dan suami membuat daftar masuk hotel terlebih dahulu di Tru by Hilton. Anda boleh rujuk artikel mengenai hotel ini melalui link di sini. https://sheryonthemove.com/?p=3518 Dari Louisville, kami menyambung pemanduan menuju ke ibu negeri Kentucky iaitu Frankfort. Jarak antara Louisville dan Frankfort ialah 88 kilometer. Sepanjang pengalaman saya mengembara berkereta di Amerika Syarikat sejak dari 2012, inilah pertama kali saya melihat dan melawat ke tempat khidmat pelancongan yang bangunannya cantik sekali. Sekali pandang,…
Leave a Comment