Skip to content

Louisville-Frankfort-Louisville

12 Jun 2022
Pemanduan pada sebelah tengah hari bermula dari Indianapolis, Indiana menuju ke Louisville, Kentucky. Jarak antara kedua buah bandar ialah 185 kilometer. Apabila tiba di Louisville, saya dan suami membuat daftar masuk hotel terlebih dahulu di Tru by Hilton. Anda boleh rujuk artikel mengenai hotel ini melalui link di sini. https://sheryonthemove.com/?p=3518

Dari Louisville, kami menyambung pemanduan menuju ke ibu negeri Kentucky iaitu Frankfort. Jarak antara Louisville dan Frankfort ialah 88 kilometer. Sepanjang pengalaman saya mengembara berkereta di Amerika Syarikat sejak dari 2012, inilah pertama kali saya melihat dan melawat ke tempat khidmat pelancongan yang bangunannya cantik sekali. Sekali pandang, ia nampak seperti sebuah rumah banglo dan hiasan dalamannya juga agak unik.

Di dalam video ruangan Shery NN Berbicara yang ke-63, saya telah tunjukkan dengan anda rakaman video di dalam bangunan khidmat pelancongan Kentucky berserta sedikit penerangan dari saya. Sila tonton video melalui link ini. https://youtu.be/aHrU7IVxLUQ

Gambar-gambar yang saya kongsikan di bawah daripada gambar kotak-kotak bunga api dirakamkan selepas pulang dari melawat ke bangunan perundangan negeri di Frankfort. Kami tidak pulang mengikut lebuh raya seperti pemanduan datang ke Frankfort sebaliknya kami menggunakan jalan dalam di mana kami menempuh banyak perkampungan dan bandar-bandar kecil.

Apa yang memeranjatkan saya di sepanjang pemanduan ialah apabila melihat rumah-rumah di situ. Kebanyakannya ialah rumah-rumah besar berserta perkarangan yang luas. Walaupun ia terletak di kawasan luar bandar tetapi saya pasti pemilik-pemilik rumah ini adalah dari kalangan orang berada. Anda cuma lihat beberapa sahaja gambar rumah tetapi yang saya lihat sebenarnya terlalu banyak . Saya ada rakamkan video juga dan ia akan saya kongsikan di masa akan datang melalui saluran You Tube saya. https://www.youtube.com/c/SheryNN

Sekadar maklumat tambahan, bungi apa di jual di banyak tempat di serata dalam negara sama ada di dalam kedai atau di khemah di tepi jalan sebelum sambutan hari kemerdekaan iaitu 4 Julai. Kerana itulah saya rakamkan gambar kotak-kotak bunga api yang di jual di dalam kedai di stesen minyak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *