Skip to content

Frankfort – Ibu Negeri Kentucky

12 Jun 2022

Pemanduan ke Frankfort bermula dari Louisville dengan arak antara kedua buah bandar ialah 88 km. Gambar-gambar pemandangan menarik yang dirakamkan dari Louisville menuju ke Frankfort dan kemudian pulang semula ke Frankfort telah dikongsikan di dalam artikel terdahulu. Anda boleh klik artikel di bawah ini.
https://sheryonthemove.com/?p=3535

Tujuan utama saya dan suami datang ke Frankfort ialah untuk bergambar di hadapan bangunan perundangan negeri. Setelah berpuluh bangunan perundangan negeri di Amerika yang pernah dilawati, inilah pertama kali kami perlu memandu menaiki bukit sebelum sampai ke kawasan bangunan.

Persekitaran pada waktu itu agak sunyi kerana tidak ada orang bekerja pada hari Ahad. Selain saya dan suami, terdapat dua orang lagi pelawat pada waktu yang sama kami di situ. Kawasan untuk mengambil gambar juga sangat strategik kerana tidak ada sebarang halangan dari pokok (sekiranya ingin mengambil gambar bangunan secara keseluruhan).

Di mana-mana sahaja bangunan perundangan negeri, saya begitu mengambil kira tentang tempat meletak kenderaan awam atau pelawat. Saya berpuas hati dengan tempat meletak kenderaan di sini kerana ia terletak di perkarangan bangunan serta dikhaskan untuk para pelawat sahaja dan tidak dikenakan bayaran. Pokok-pokok besar merupakan satu bonus kerana kenderaan tidak terdedah sangat dengan panas matahari. Anda boleh tonton video lawatan saya dan melihat kawasan meletak kenderaan melalui link Tou Tube di bawah ini. https://youtu.be/aHrU7IVxLUQ

Untuk maklumat anda, saya begitu mengambil kira tentang tempat meletak kenderaan di setiap bangunan perundangan negeri kerana ia bukan sahaja untuk kesenangan saya tetapi juga untuk rujukan para pembaca yang berminat untuk melawat. Ada tempat meletak kenderaan percuma yang dikhaskan untuk pelawat secara percuma, ada bangunan perundangan negeri yang sediakan tempat khas kepada pelawat tetapi berbayar, dan ada juga bangunan perundangan yang langsung tidak sediakan tempat meletak kenderaan kepada pelawat. Mereka perlu mencari sendiri tempat meletakkan kenderaan awam di tepi-tepi jalan yang mungkin agak jauh jaraknya untuk berjalan kaki ke bangunan perundangan itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *