Skip to content

Louiseville, Kentucky

12 Jun 2022

Louisville ialah bandar terbesar di negeri Kentucky. Bandar ini terkenal kerana beberapa perkara contohnya Kentucky Derby (acara lumba kuda) dan ia juga merupakan tempat kelahiran peninju terkenal Muhammad Ali. Saya berada di Louisville selama dua hari iatu pada hari ke-7 dan ke-8 kembara USA untuk bulan Jun 2022.

Di dalam artikel ini saya berkongsi gambar-gambar yang dirakamkan di Louisville dan saya lebih fokus rakamkan gambar bangunan kerana saya suka melihat seni bina lama.

Saya juga melihat beberapa bangunan yang mempunyai mural artis atau orang-orang terkenal yang berasal dari Louisville. Di sebelah gambar itu diletakkan nama mereka tetapi nama akhir sengaja digantikan dengan ‘Louisville’. Contohnya pelakon Hollywood Jennifer Lawrence yang digantikan dengan nama di mural Jennifer Louisville. Beliau beras dari Indian Hills, iait15 minit pemanduan dari pusat bandar Louisville. Gambar itu saya muat naik di dalam gambar ke-17 di bawah artikel ini.

Inilah salah satu kebaikan kembara berkereta kerana kami akan terjumpa tempat-tempat menarik tanpa dirancang. Sebelum pemanduan ingin keluar dari Louisville, kami terjumpa rumah lama dan bersejarah milik Thomas Edison. Beliau ialah seorang pencipta dan ahli perniagaan Amerika yang membangunkan banyak peranti dalam bidang seperti penjanaan kuasa elektrik (contohnya light bulb), komunikasi massa, rakaman bunyi, dan gambar bergerak (motion picture).

Gambar pertama dan terakhir di dalam artikel ini ialah jambatan yang menghubungkan antara negeri Kentucky dan Indiana. Di tepian sungai bagi negeri Indiana merupan sempadan yang memisahkan kedua buah negeri.

13 Jun 2022

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *