Skip to content

Tag: hampton inn & suites by hilton

Hampton Inn Albuquerque University/Midtown

Lokasi hotel yang saya dan suami menginap di Albuquerque sangat strategik kerana ia terletak bersebelahan denga lebuh raya yang kami lalui. Oleh kerana Albuquerque ini sebuah bandar yang besar, maka tidak susah untuk mencari apa sahaja keperluan asas yang penting. Separuh gambar hotel saya rakamkan pada hari daftar masuk dan separuh lagi dirakamkan pada waktu pagi hari seterusnya sebelum daftar keluar. Hanya kolam renang sahaja tidak dapat digunakan. Mungkin juga ia telah ditutup kerana suhu pada musim luruh sudah mula turun. Sarapan pagi disediakan percuma setiap hari dan tempat letak kereta juga tidak dikenakan bayaran. Hidangan kegemaran saya setiap kali…

Leave a Comment

Hampton Inn & Suites by Hilton Seattle/Northgate

Hampton Inn & Suites by Hilton Seattle/Northgate ialah hotel penginapan sewaktu saya dan suami menyambut hari ulang tahun perkahwinan di Seattle, Washington, Amerika Syarikat (AS) pada bulan September yang lalu. Jarak antara hotel ini dan pusat bandar Seattle ialah 13 kilometer. Kami memang kerap menginap di hotel Hampton Inn & Suites di Amerika Syarikat dan suka saya nyatakan di sini bahawa cawangan di Seattle/Northgate ini bersaiz besar jika hendak dibandingkan dengan kebanyakan hotel Hampton Inn & Suites yang lain. Saya juga berpuas hati dengan kualiti keseluruhan dalaman dan luaran hotel yang masih cantik dan nampak baharu. Sebenarnya memang hotel ini…

Leave a Comment

Hampton Inn & Suites Lincoln-Northeast -I80

Kami tiba di Lincoln, Nebraska pada sebelah malam setelah selesai pemanduan hari ke-10 kembara yang bermula dari Peoria, Illinois. Di sini saya letakkan artikel mengenainya; https://sheryonthemove.com/?p=3681 Hotel yang kami menginap ialah Hampton Inn & Suites Lincoln-Northeast-I80. Hotel ini menjadi pilihan kerana lokasinya yang strategik kerana bersebelahan dengan lebuh raya yang kami guna iaitu I-80. Ia juga terletak tidak jauh dari Lapangan Terbang Lincoln. Kami tidak mengalami sebarang masalah bermalam di hotel ini. Tempat meletak kereta tidak dikenakan bayaran dan sarapan pagi percuma dihidangkan setiap hari.

Leave a Comment