15 Jun 2022Pemanduan hari ke-10 kembara USA (road trip) bulan Jun 2022 ialah dari Peoria, Illinois ke Lincoln, Nebraska. Jarak antara kedua buah bandar yang dikira dari hotel saya menginap di Peoria sehingga ke hotel di Lincoln ialah 731 kilometer. Pemanduan ini juga melibatkan tiga buah negeri iaitu Illinois Iowa dan Nebraska. Di negeri Iowa saya telah singgah di hentian trak terbesar di dunia yang terletak di Walcott. Anda boleh baca artikel mengenainya melalui link di bawah ini.https://sheryonthemove.com/?p=3288 Di sepanjang pemanduan merentasi negeri Iowa, saya dapat lihat kereta dan jentera bomba yang berhenti di jejantas lebuh raya di setiap bandar…
Leave a CommentTag: iowa
Semasa pemanduan kembara pada hari ke-10 dari Peoria, Illinois menuju ke Lincoln, Nebraska, saya dan suami singgah sebentar di hentian trak terbesar di dunia yang terletak di Walcott, Iowa. Kami tidak membuat sebarang lencongan yang jauh kerana hentian ini memang terletak di tepi lebuh raya yang kami lalui sahaja. Walaupun dinamakan hentian trak terbesar di dunia, tetapi ia bukan dikhaskan untuk pemanduan trak sahaja, sebaliknya keseluruhan tempat ini dikhaskan untuk semua pengguna lebuh raya. Hentian rehat ini mempunyai bangunan yang besar yang di dalamnya terdapat kedai-kedai makan seperti food court, kafe, restoran, pasar raya, tempat menjual cenderahati, pakaian, kasut, aksesori,…
Leave a Comment