16 Jun 2022Pada hari ke-11 kembara USA (road trip) bulan Jun 2022, saya dan suami menyambung pemanduan dari Lincoln, Nebraska menuju ke Denver, Colorado. Jarak antara Lincoln dan Denver yang dikira dari kedua buah hotel yang kami menginap ialah 806 kilometer. Selepas sarapan pagi di hotel Hampton Inn & Suites Lincoln, kami memandu untuk meninjau Lapangan Terbang Lincoln yang terletak berdekatan dengan hotel sahaja. Link artikel hotel boleh anda klik di sini. https://sheryonthemove.com/?p=3720Kemudian, baharu kami meneruskan pemanduan ke Denver. Cuaca pada hari itu panas terik dan suhu juga sangat tinggi sehingga mencecah ke 43 darjah Celsius. Kami ada membuat persinggahan…
Leave a CommentTag: lincoln
Kami tiba di Lincoln, Nebraska pada sebelah malam setelah selesai pemanduan hari ke-10 kembara yang bermula dari Peoria, Illinois. Di sini saya letakkan artikel mengenainya; https://sheryonthemove.com/?p=3681 Hotel yang kami menginap ialah Hampton Inn & Suites Lincoln-Northeast-I80. Hotel ini menjadi pilihan kerana lokasinya yang strategik kerana bersebelahan dengan lebuh raya yang kami guna iaitu I-80. Ia juga terletak tidak jauh dari Lapangan Terbang Lincoln. Kami tidak mengalami sebarang masalah bermalam di hotel ini. Tempat meletak kereta tidak dikenakan bayaran dan sarapan pagi percuma dihidangkan setiap hari.
Leave a Comment14 Jun 2022Pemanduan kembara pada hari ke-8 ialah dari Springfield menuju ke Peoria, Illinois. Sebenarnya jika memandu tanpa henti, waktu pemanduan hanya mengambil masa lebih kurang 1 jam 10 minit sahaja dengan jarak antara kedua buah negeri ialah 120 kilometer. Tetapi oleh kerana kami menggunakan banyak jalan lama bersejarah Route 66, maka jarak dan masa pemanduan lebih sedikit dari yang asal. Pekan kecil pertama yang disinggahi ialah Lincoln. Populasi penduduk yang dikira sehingga tahun 2022 ialah seramai 13, 058 orang. Tarikan utama pelancong (road side attraction) untuk datang ke bandar ini ialah terdapat patung gergasi Presiden Abraham Lincoln yang sedang…
Leave a Comment