9 Jun 2022Hari ke-4 merupakan pemanduan paling panjang dalam satu hari untuk kembara USA bulan Jun 2020. Pemanduan ini akan merentasi lima buah negeri iaitu Minnesota, Wisconsin, Illinois, Indiana dan Michigan. Jika mengikut jarak dari hotel di Minnesota sehingga ke hotel yang saya dan suami menginap di Michigan, jumlahnya ialah 1138 km. Oleh kerana saya dan suami dapat tidur awal pada malam sebelumnya, maka kami dapat bangun awal dan memulakan pemanduan seawal yang boleh. Inilah kelebihan apabila hari siang yang panjang kerana kami dapat menunaikan sembahyang subuh yang awal dan bertolak pada jam 4:20 pagi.Saya mula rakamkan gambar apabila hari…
Leave a CommentTag: minnesota
8 Jun 2022Pemanduan hari ini juga boleh dikatakan agak singkat dan normal bagi saya dan suami. Jarak dari hotel di Jamestown, North Dakota menuju ke hotel penginapan di Bloomington, Minnesota ialah 642 kilometer. Tidak sampai sebulan kami melalui laluan dan lebuh raya yang sama tetapi dari arah bertentangan. Anda boleh rujuk dan lihat banyak gambar lain di dalam artikel di bawah ini. Pemanduan Dari Minneapolis Ke Dickinsonhttps://sheryonthemove.com/?p=2455 Di sepanjang pemanduan ini kami hanya berhenti dua kali sahaja iaitu di Fargo untuk minum pagi di kafe kegemaran, dan di satu rest area untuk ke tandas. Saya kurang mengambil gambar pada pemanduan…
Leave a CommentMall Of America (MOA) yang terletak di Bloomington, Minnesota ialah pusat membeli belah terbesar di Amerika Syarikat. Saya pernah datang ke MOA pada tahun 2015. Anda boleh baca artikel mengenainya yang pernah saya siarkan di dalam blog lama saya yang dan alamatnya saya diletakkan di bawah ini. Mall Of Americahttps://sharery.blogspot.com/2016/06/pusat-beli-belah-terbesar-di-amerika.htmlHard Rock Cafe Mall Of Americahttps://sharery.blogspot.com/2016/06/hard-rock-cafe-mall-of-america.html Saya berkeinginan untuk membeli cenderamata di Hard Rock Cafe MOA tetapi sangat menghampakan kerana ia telah ditutup. Mujurlah saya pernah membeli cenderamata sewaktu kedatangan sebelum ini. Manakala kedatangan kali ini pula (dua hari berturut-turut) sangat memuaskan hati kerana pada tujuh tahun lalu saya tidak berkesempatan…
Leave a Comment