Pada hari kedua musim luruh, cuaca nampaknya telah bertukar seperti musim luruh tahun-tahun sebelumnya. Hujan turun pada lewat pagi dan berterusan sehingga ke malam. Saya dan suami telah membawa sahabat kami pergi ke salah satu tempat tarikan pelancong iaitu Grouse Mountain di North Vancouver. Tiket untuk naik ke Grouse Mountain dikenakan mengikut umur contohnya warga tua, dewasa dan kanak-kanak. Bagi saya dan suami, kami membeli tiket dewasa dengan diskaun penduduk British Columbia iaitu $55 setiap orang. Bagi pelancong luar, harganya lebih mahal berbanding harga yang kami bayar. Kami membeli tiket di kaki gunung (Grouse Mountain) dan kemudian baharu baharu naik…
Leave a CommentTag: north vancouver
Hari pertama musim luruh tahun 2022 jatuh pada 22 September. Berbeza dari tahun-tahun sebelumnya, hari pertama musim luruh tahun ini di Vancouver masih lagi panas. Suhu pada awal pagi ialah belasan darjah Celsius dan pada sebelah tengah hari hingga ke petang suhu naik sehingga melebihi 20 darjah Celsius. Lokasi pertama yang saya dan suami bawa pergi dengan membawa sahabat kami dari Singapura ialah Stanley Park di Vancouver. Kemudian kami pergi Capilano Suspension Bridge Park yang terletak di North Vancouver. Setiap tahun saya dan suami membeli pas tahunan untuk ke Capilano Suspension Bridge Park. Ia hanya ditawarkan untuk penduduk British Columbia…
Leave a Comment