Lokasi hotel ini sangat strategik kerana ia terletak berdekatan dengan pusat bandar dan lebuh raya untuk saya dan suami meneruskan pemanduan pada hari berikutnya. Perkhidmatan shuttle percuma diberikan kepada tetamu hotel yang ingin pergi ke lapangan terbang. Susun atur perabot dan katil bagi rangkaian hotel SpringHill Suites di mana-mana cawangan, semuanya hampir sama. Ia mengingatkan saya sewaktu bermalam di SpringHill Suites by Marriott ; https://sharery.blogspot.com/2016/10/springhill-suites-marriott-coeur-dalene.html di Keistimewaan bilik hotel kami ialah apabila dapat melihat gunung ganang yang diselaputi salji hanya dapat dilihat melalui tingkap hotel bilik. Video juga boleh ditonton melalui saluran You Tube Shery On The Move.https://youtu.be/HErHrjEtNu0
Leave a CommentTag: salt lake city
Salah satu rangkaian hotel Marriott kegemaran saya ialah Residence Inn. SKonsep Residence Inn sama seperti rumah atau apartment. Ia juga turut dilengkapi dengan dapur dan ruang tamu. Faktor keluasannya yang membuatkan saya senang setiap kali dapat bermalam di mana-mana Residence Inn. Di Salt Lake City, sekali lagi kami memilih untuk bermalam di Residence Inn. Lokasinya juga strategik kerana terletak di dalam pusat bandar. Di dalam mana-mana artikel mengenai hotel sebelum ini, saya jarang memberikan komen negatif. Tetapi sekiranya ia tidak memuaskan, saya tidak akan berselindung. Perkara yang paling saya kecewa dengan pihak pengurusan ialah mereka tidak menyediakan sabun mandi dan…
Leave a CommentTaman Negeri Great Salt Lake terletak 30 minit dari ibu negeri Utah, iaitu Salt Lake City. Saya dan suami singgah di sini sewaktu di dalam pemanduan dari Las Vegas ke Salt Lake City. https://sheryonthemove.com/?p=1252 Setiap satu kereta pelawat dikenakan bayaran sebanyak $5. Walau bagaimanapun bayaran ini telah mengikut kategori yang ditetapkan. Senarai harga diletakkan di tepi kaunter pembayaran. Inilah keuntungannya apabila mengembara dan melawat ke tempat tarikan pelancong pada bukan musim cuti kerana tidak ramai orang Sebaik sahaja keluar dari kereta dan menghidu udara di sekeliling, terus saya dapat bayangkan seperti berada di tepi laut kerana air tasik di sini…
Leave a Comment