Skip to content

Tag: snow

Musim Sejuk Di Edmonton, Kanada

Artikel kali ini saya kongsikan dengan anda gambar-gambar yang dirakamkan sewaktu saya berada di Edmonton, Alberta, Kanada pada musim sejuk bulan Mac 2023. Video sepanjang saya di ibu negeri Alberta ini boleh juga ditonton melalui saluran YouTube Shery On The Move. Link diletakkan di bawah ini.https://youtu.be/B7WjAZKHug8?si=OckksG9jWSlIO56f

Leave a Comment

Penerbangan Dari Vancouver Ke Edmonton

Artikel ini ialah mengenai penerbangan yang saya naiki dari Vancouver ke Edmonton pada hari pertama percutian musim sejuk bulan Mac 2023. 13 Mac 2023Saya tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Vancouver pada jam 1:00 tengah hari dengan suhu 6 darjah Celsius. Dalam keadaan cuaca yang terang benderang, selepas beberapa minit berlepas, saya berpeluang melihat keindahan pusat bandar Vancouver dari tingkap pesawat. Kemudian pemandangan beralih pula dengan melihat gunung ganang yang diselaputi salji tebal sehinggalah mendarat di Edmonton. Cuaca di Edmonton berbeza dengan di Vancouver kerana suhu sewaktu mendarat ialah -15 darjah Celsius dan juga mendung. Walaupun pada petang itu salji tidak…

Leave a Comment

Musim Sejuk Februari 2023

Di dalam artikel kali ini saya kongsikan dengan anda gambar-gambar yang dirakamkan semasa musim sejuk bersalji pada bulan Februari 2023 di kawasan kejiranan saya. Saya dan suami lebih suka berjalan pada waktu malam kerana tidak ada orang yang keluar pada waktu itu. Ini menyenangkan lagi untuk saya mengambil gambar dan video.

Leave a Comment

Snow Day Di Oregon, Amerika Syarikat

23 Februari 2023Seperti kebiasaan, perancangan untuk pergi mengembara atau bercuti kemana-mana pasti saya dan suami lakukan pada minit-minit terakhir. Begitu juga pada pagi hari 23 Februari di mana tiba-tiba suami mengajak untuk pergi ke Portland, Oregon. Setelah melihat cuaca di sana dalam keadaan baik, kami mula mencari hotel penginapan dan seterusnya mengemas pakaian yang cukup untuk tiga hari dua malam. Kami melepasi sempadan darat antarabangsa lebih kurang jam 3:00 petang. Seperti yang saya katakan tadi, cuaca memang baik di sepanjang pemanduan.Akan tetapi, sebaik sahaja masuk ke bandar Portland, kami begitu terkejut sehingga tidak terkata apa-apa. Salji yang ada di sepanjang…

Leave a Comment