Skip to content

Tag: springfield

Springfield – Ibu Negeri Illinois

13 Jun 2022Kembara kali merupakan kedatangan kali ketiga saya ke ibu negeri Illinois iaitu Springfield. Kali pertama ialah pada tahun 11 September 2012 dan kali kedua pula ialah pada bulan Mac 2015. Artikel sewaktu lawatan saya pada tujuh tahun lalu boleh anda boleh baca di sini. http://sharery.blogspot.com/2015/05/rumah-kediaman-presiden-amerika.html Pada hari Isnin kedatangan saya ke Springfield, saya dan suami telah makan malam di restoran Monical’s Pizza. Sebelum ini suami saya pernah datang ke restoran yang sama tetapi cawangan lain bersama rakan sekerja beliau. Saya telah berikan komen mengenai pizza yang saya makan di Monical’s Pizza melalui video di saluran You Tube ruangan…

Leave a Comment

Hampton Inn & Suites Springfield-Southwest

Kembara berkereta pada hari ke-8 ialah dari Louisville, Kentucky menuju ke Springfield, Illinois. Jarak antara kedua buah bandar ini ialah 517 kilometer. Sewaktu di Springfield, saya menginap di Hampton Inn & Suites Springfield-Southwest. Ia terletak 13 kilometer dari pusat bandar Springfield. Tempat letak kereta untuk tetamu hotel tidak dikenakan bayaran. Lobi dan ruang makan agak luas dan selesa. Sarapan pagi dihidangkan percuma setiap hari, kolam renang terletak di dalam bangunan (indoor), dan bilik tidur serta tilam juga selesa. Cuma ada satu kekurangan mengenai hotel ini ialah tidak mempunyai mesin basuh dan mesin pengering. Sebagai tetamu kerap Hampton Inn & Suites,…

Leave a Comment