Skip to content

Tag: state capitol building

Phoenix – Ibu Negeri Arizona

28 Oktober 2022PhoenixSelepas saya dan suami selamat mendarat di Phoenix dari Vancouver, kami telah melawat ke bangunan pentadbiran kerajaan negeri Arizona. Ia terletak tidak jauh dari Lapangan Terbang Antarabangsa Phoenix Sky Harbor dan dianggarkan hanya 10 minit waktu pemanduan. Tidak ada istilah musim luruh di Phoenix kerana cuacanya yang panas dengan suhu lebih kurang 30 darjah Celsius. Ini ialah kedatangan kali ketiga saya ke Phoenix tetapi sudah beberapa kali bagi suami. Walaupun sebelum ini saya pernah datang ke Phoenix tetapi baharu kali ini saya berkesempatan untuk melawat ke bangunan pentadbiran kerajaan negeri. Sudah menjadi kewajipan bagi kami untuk datang bergambar…

Leave a Comment

Cheyenne – Ibu Negeri Wyoming

17 Jun 2022Kembara USA (road trip) bulan Jun 2022 merupakan kedatangan kali kedua saya ke bandar Cheyenne. Kedatangan kali pertama ialah pada musim panas tahun 2012. Bandar ini merupakan ibu negeri bagi Wyoming. Pusat pelancongan yang terletak di dalam bangunan stesen kereta api lama harus dilawati. Di dalamnya turut menempatkan muzium dan kedai cenderamata. Pada kedatangan 10 tahun lalu, suami saya ada membeli cenderamata di kedai yang sama. Negeri Wyoming merupakan salah satu negeri yang berkait rapat dengan koboi (cowboys). Maka kerana itulah di dalam pusat bandar banyak dapat dilihat replika kasut koboi (boots). Tempat wajib yang perlu saya dan…

Leave a Comment