Skip to content

Tag: summer 2022

Hari Terakhir Musim Panas 2022

21 September 2022Saya dan suami luangkan hari terakhir musim panas di Vancouver bersama sahabat kami dari Singapura iaitu Eda dan suaminya Faisal yang datang bercuti selama enam hari bermula dari 20 September hingga 25 September.Cuaca pada hari terakhir musim panas tersangat bagus kerana panas dan terang benderang dengan suhu sekitar 20 darjah Celsius. Ia sangat berbeza jika hendak dibandingkan dengan tahun-tahun sebelum ini kerana kebiasaannya pada awal bulan September sudah selalu hujan dan suhu pun mulai dingin. Saya dan suami berjumpa dengan mereka di Granville Island dan kami berjalan kaki jauh selama dua jam sambil menikmati pemandangan bandar Vancouver. Pada…

Leave a Comment

Melawat Ke Ladang Bunga Matahari

Selepas pulang dari kembara berkereta (road trip) USA bulan Ogos 2022, saya dan suami telah melawat ke ladang bunga matahari yang terletak tidak jauh dari rumah saya. Setiap tahun ladang ini mengadakan festival bunga matahari sementelah memang musimnya pada musim panas. Jangan terperanjat, ingin saya katakan di sini bahawa inilah pertama kali dalam hidup saya melawat ke bunga matahari. Beginilah ragam manusia, apabila sesuatu benda atau perkara menarik yang terletak ‘di depan mata’ sahaja, kita selalu tidak mengindahkannya. Saya sangat berpuas hati datang ke ladang bunga matahari pada hari orang bekerja kerana tidak ramai orang dan cuacanya juga tersangat baik.…

Leave a Comment