Skip to content

Tag: syawal

Aidilfitri & Aidiladha 2023

Bulan Syawal sudah lima bulan berlalu, tetapi saya baharu berkesempatan untuk berkongsi gambar-gambar sambutan raya pada bulan Syawal di Vancouver, British Columbia, Kanada. 1 Syawal Selepas puas bergambar dan rakamkan video di rumah, saya dan suami pergi pula berhari raya di rumah sahabat kami. 2 SyawalSatu lagi jemputan telah kami hadiri pada hari raya kedua iaitu ke rumah kakak jiran kami. 8 SyawalSaya adakan jamuan tengah hari di rumah dengan hanya menjemput dua orang sahabat baik saya. 15 SyawalJemputan terakhir bulan Syawal ialah pergi ke rumah seorang lagi kakak jiran saya. Ia diadakan pada hari bekerja dan hanya kami bertiga…

Leave a Comment

Salam Aidilfitri 2022

1 Syawal ialah hari kemenangan umat Islam. Walau apa dugaan yang Allah berikan kepada kita, raya tetap raya cuma sambutan setiap orang itu mungkin berbeza. Tidak ada istilah tidak boleh beraya atau tidak mahu beraya. Tahun 2008, bapa saya meninggal dunia kurang 24 jam sebelum hari raya, namun keesokan harinya kami sekeluarga tetap berhari raya walaupun disambut tersangat sederhana kerana sebagai umat Islam kita tidak boleh berkabung. Mereka yang pergi tetap tidak akan kembali. Maka kehidupan kita di dunia ini perlu diteruskan. Seperti contoh, saya mengenali seorang insan yang kehilangan suami pada pada awal Ramadan yang lalu, dan sepupu saya…

Leave a Comment