Skip to content

Tag: towneplace suites

TownePlace Suites by Marriott Whitefish

Artikel ini berkait dengan kembara berkereta di Amerika Syarikat pada bulan Mei 2023. Sila baca dua artikel terdahulu bagi mendapatkan cerita secara keseluruhan hari pertama pemanduan.Bahagian 1https://sheryonthemove.com/?p=6765Bahagian 2https://sheryonthemove.com/?p=6787 Hotel pertama yang saya dan suami menginap semasa kembara 10 hari di Amerika Syarikat ialah TownePlace Suites by Marriott Whitefish Kalispell, Montana. Hotel ini (termasuk hotel-hotel lain di Whitefish) adalah sangat strategik bagi pelancong yang ingin bermalam sebelum pergi ke Taman Negara Glacier. Oleh kerana saya dan suami sudah biasa bermalam di rangkaian hotel Marriott, maka kami tidak mempunyai sebarang masalah sewaktu menginap selama dua malam di hotel ini. Keadaan persekitaran juga…

Leave a Comment

TownePlace Suites Edmonton South

Di dalam artikel ini saya kongsikan gambar-gambar yang dirakamkan di hotel penginapan saya sewaktu bercuti di Edmonton pada musim sejuk yang lalu.Saya berpuas hati dengan keluasan bilik yang lengkap dengan dapur dan almari baju yang luas. Tempat meletak kenderaan dan sarapan pagi setiap hari adalah percuma. Anda juga boleh tonton video penuh (hotel tour) yang telah saya kongsikan di saluran YouTube Shery ON The MOve. Link diletakkan di bawah ini. https://youtu.be/EwSuypThv9M?si=pVds9G49FF17Y7WI

Leave a Comment

TownePlace Suites Seattle Southcenter

TownePlace Suites by Marriott ialah hotel penginapan saya selama tiga hari dua malam pada musim sejuk bulan Januari 2023. Jarak hotel ini dengan pusat bandar Seattle ialah 23 kilometer. Jika memandu tanpa kesesakan lalu lintas, ia hanya mengambil masa lebih kurang 17 minit. Walaupun sudah banyak kali saya menginap di cawangan TownePlace Suites di serata Amerika Syarikat, tetapi ini pertama kali saya melihat TownePlace Suites yang berkonsepkan seperti rumah atau chalet. Kesemua bilik di TownePlace Suites mempunyai dapur serta perkakasan memasak. Saya berpuas hati dengan keluasan bilik ini akan tetapi mengikut keadaan dalaman, sudah tiba masanya pihak pengurusan memulakan proses…

Leave a Comment

TownePlace Suites by Marriott Portland Beaverton

Jarak hotel penginapan saya di Beaverton dari pusat bandar Portland ialah 11 kilometer sahaja. Sudah lama juga saya tidak menginap di rangkain hotel TownePlace Suites by Marriott. Konsep reka bentuk dan hiasan dalaman hotel masih tidak berubah tetapi yang berbeza ialah rekaan luar bangunan dan logo baharu. Yang menarik perhatian saya sewaktu tiba di sini ialah, pihak hotel telah meletakkan kapsul masa di hadapan perkarangan tempat meletak kenderaan. Kami mendapat bilik yang dikhaskan untuk orang kurang upaya (OKU). Keistimewaan bilik ini ialah dari segi keluasannya kerana bilik air bersaiz besar demi untuk memudahkan OKU sekiranya mereka menggunakan kerusi roda untuk…

Leave a Comment