Skip to content

Category: Travel

SHERY_OOTD Di Whistler

Saya tidak menyangka rupanya topi yang dipakai oleh saya sewaktu ke Whistler telah mendapat perhatian ramai pengikut Instagram saya. Beberapa bulan lalu saya ternampak seorang wanita yang memakai topi beruang di pusat membeli belah. Kebetulan apabila saya jalan di belakang beliau, saya terus rakamkan topi itu. Setelah beberapa kali mencari jualan topi itu di internet, akhirnya saya jumpa. Walaupun mungkin kami beli topi itu di tempat yang berlainan, tetapi ia sudah cukup menyamai dengan beliau.Di sini saya akan senaraikan keseluruhan #shery_ootd untuk rujukan anda. Coat : ZARATurtleneck Sweater Dress : SHEINHandbag : LOUIS VUITTONBoots : FOREVER 21Bucket Hat : ALI…

Leave a Comment

Whistler, British Columbia 2021 (Bahagian 2)

Pemandangan sepanjang pemanduan pulang dari Whistler ke Vancouver nampaknya lebih menarik kerana matahari petang menyerlahkan lagi daun-daun musim luruh. Ia berbeza dengan pemandangan sebelah pagi kerana agak mendung dan berkabus. Gambar-gambar pemandangan sewaktu pemanduan ke Whistler boleh anda lihat melalui artikel bahagian 1; https://sheryonthemove.com/?p=583 Whistler tidak pernah menjemukan saya. Jika ada kesempatan untuk ke sana lagi, saya tetap akan siarkan artikel mengenainya.

Leave a Comment

Whistler, British Columbia 2021 (Bahagian 1)

Whistler, British Columbia ialah sebuah bandar ski yang terletak 121 kilometer dari pusat bandar Vancouver. Bandar ini bukan sahaja terkenal dan menjadi tumpuan dunia kerana tempat ski, tetapi ia juga terkenal kerana pernah menganjurkan Sukan Olimpik musim sejuk pada tahun 2010. Setiap tahun saya dan suami pasti akan datang ke Whistler sekadar untuk mengambil angin dan lari sebentar dari kesibukan bandar besar. Kali terakhir kami ke Whistler ialah pada Januari 2020 dan selepas itu pandemik bermula. Selepas larangan merentas daerah serta bandar ditarik semula, kes COVID-19 juga agak berkurangan dan kebetulan cuaca agak baik pada hari itu, maka kami mengambil…

Leave a Comment

Musim Luruh Di Istanbul, Turki

Sejak dua minggu lalu saya mula menonton drama bersiri dari Turki. Sambil menonton drama itu, saya tidak boleh lari dari mengingatkan pengalaman manis pertama kali saya berada di Istanbul pada musim luruh yang kebetulan sekarang memang musim luruh di Hemisfera Utara. Saya berada di sana lebih kurang satu minggu termasuk hari penerbangan pergi dan pulang. Di dalam banyak-banyak long trip sewaktu bertugas sebagai pramugari, trip ke Istanbul inilah antara yang terbaik sekali yang pernah saya rasai. Ketika penerbangan dari Kuala Lumpur ke Istanbul, saya bertugas di kelas perniagaan. Salah seorang penumpang saya ialah Datuk Shahrizat Abdul Jalil yang merupakan menteri…

Leave a Comment

Selamat Datang Ke Shery On The Move

Selamat Datang Ke Shery On The Move! Alhamdulilah, akhirnya satu lagi pencapaian peribadi saya dapat dicapai pada tahun ini. Keputusan untuk beralih dari laman blogspot ke laman sesawang sendiri bukanlah mudah. Ia mengambil masa bertahun-tahun! Suami saya berkali-kali mencadangkan supaya beralih ke laman sesawang sendiri sejak dari lapan atau sembilan tahun lalu tetapi saya tidak hiraukan. Saya anggap agak remeh untuk memulakan laman web yang baharu. Seperkara lagi saya tidak mahu mengeluarkan wang untuk membeli domain sedangkan saya boleh menggunakan blogspot dengan percuma. Selain itu, faktor utama saya tidak berminat ialah saya berasa sayang untuk meninggalkan blog Terjemahan Hati yang…

9 Comments