Whistler, British Columbia ialah sebuah bandar ski yang terletak 121 kilometer dari pusat bandar Vancouver. Bandar ini bukan sahaja terkenal dan menjadi tumpuan dunia kerana tempat ski, tetapi ia juga terkenal kerana pernah menganjurkan Sukan Olimpik musim sejuk pada tahun 2010. Setiap tahun saya dan suami pasti akan datang ke Whistler sekadar untuk mengambil angin dan lari sebentar dari kesibukan bandar besar. Kali terakhir kami ke Whistler ialah pada Januari 2020 dan selepas itu pandemik bermula.
Selepas larangan merentas daerah serta bandar ditarik semula, kes COVID-19 juga agak berkurangan dan kebetulan cuaca agak baik pada hari itu, maka kami mengambil keputusan last minute untuk ke Whistler. Kami pergi pada 29 Oktober iaitu setelah 21 bulan tidak ke sana.
Musim luruh bukanlah musim puncak untuk pelancong datang ke Whistler, jadi kawasan persekitaran pun tidak sesak dan masih selesa untuk bersiar-siar. Daun-daun di pokok masih cantik dengan warna kuning, coklat dan merah. Salji pula belum turun kerap tetapi yang kelihatan hanya di puncak pergunungan sahaja itupun belum tebal lagi.
Jika anda lihat gambar tiga dari bawah, ia adalah kawasan di mana terletaknya stesen gondola. Anda pasti terkejut apabila melihat kawasan itu yang putih seputihnya apabila tibanya musim sejuk dan diliputi salji yang tebal. Banyak artikel mengenai Whistler yang pernah saya siarkan di dalam lama blogspot yang lama. Saya kongsikan di sini artikel Whistler yang terakhir disiarkan sebelum pandemik bermula; https://sharery.blogspot.com/2020/08/musim-sejuk-di-whistler-2020.html
Artikel bahagian kedua akan disiarkan dalam beberapa hari lagi.