Di bawah ini ialah gambar-gambar outfit of the day #Shery_OOTD untuk musim luruh 2021 bulan September dan Oktober. Sewaktu saya memakai blazer komik, saya menerima pujian sebanyak empat kali dalam satu hari! Pertama kali ia ditegur oleh seorang pemuda di pusat membeli belah manakala tiga pujian yang seterusnya saya terima sewaktu makan di restoran Jepun oleh pelanggan dan pelayan restoran.
Aksesori musim luruh yang paling mendapat perhatian ialah topi beruang di mana ramai pengikut Instagram yang ingin tahu dari mana saya beli. Pada asalnya beberapa bulan lalu saya terserempak dengan seorang wanita yang memakai topi beruang di pusat membeli belah. Beruang itu dilekatkan di belakang topi maka dengan mudahnya saya rakamkan gambar sementelah saya memang berjalan di belakang beliau. Saya ada kongsikan gambar itu di dalam IG story dan nyatakan yang saya teringin topi seperti itu. Setelah beberapa kali membuat pencarian, akhirnya saya jumpa juga. Walaupun ia tidaklah sama 100% seperti wanita itu, tetapi seiras pun tetap saya berpuas hati.
Sekiranya anda berminat dengan pakaian atau aksesori yang saya miliki dari beberapa jenama berbeza, anda boleh mendaftar sebagai pendaftar baharu dengan menggunakan aplikasi mereka. Sila gunakan kod diskaun pendaftar baharu yang saya kongsikan di bawah artikel ini.
SHEIN
10% Off for new SHEIN user/customer. https://shein.top/7tnunup
WISH
I’m giving you CA$7 in credit! To use it, open the Wish App with my link: https://dl.wish.com/pHYNh
ALI EXPRESS
Hi, it’s fun to shop on AliExpress! Use my invite code “INBXGVW8” to get C$ 22.00 in coupons. Tap to know more: https://a.aliexpress.com/_mrzw9v0